Firman Allah: “maka hadapkanlah wajahmu ke arah agama yang hanif (yang menyembah Allah Yang Esa) itu agama Allah yang fitrah (natural religion) yang DIA ciptakan manusia di atasnya. Tiada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” (Surah ar-Rum, 30).
Tuesday, June 12, 2012
Fitrah itu kembali kepada asal...
Islam adalah agama Allah yang ajaranNYA berasas fitrah yang DIA ciptakan manusia. Maka Islam adalah agama fitrah (natural religion), sesuatu yang bercanggah dengan fitrah manusiawi ia ditolak oleh agama ini. Islam yang sebenar selaras dengan sifat penciptaan manusia yang telah Allah jadikan. Maka, Islam menolak homoseksual, lesbian dan segala yang menyanggahi fitrah asal insan itu. Demikian Islam menolak kezaliman, penindasan, ketidakadilan, kebodohan dan seterusnya kerana ia bercanggah dengan fitrah manusia. Mereka yang menolak homoseksual ataupun lesbian tetapi membiarkan atau akur dengan ketidakadilan tidak memenuhi element fitrah yang Allah ciptakan. Demikian juga mereka yang menentang ketidakadilan tetapi menerima amalan songsang, ia bercanggah dengan roh Islam ini.
optimumkan akal anda!
Agama mengajar kita menjadi golongan ulul albab, iaitu mereka yang mempunyai akal yang matang, yang membuat pertimbangan setelah mendengar pelbagai hujah.
Firman Allah: (maksudnya) “..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18).Religion teach us become group ulul albab, namely those having mind that is mature, which made consideration after hearing various argument.
Allah Commandment: (the meaning) “...therefore give happy news to My slaves . (Namely) those who strive listen to word (that deliver) and they according to the best; they persons that given indication guidance by Allah and they Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18).
Monday, June 11, 2012
kisah anjing!...
selalu kita bandingkan polis yang menyalahgunakan kuasa digelar sebagai 'anjing kerajaan' tetapi tahukah kita ulama yang menjual agamanya untuk habuan dunia juga digelar 'anjing' sebagaimana Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. (Surah al-A’raf: ayat 175-176).
Wednesday, June 6, 2012
Keadilan adalah untuk semua
Keadilan itu buta warna kulit dan jenis agama...Dan Keadilan adalah untuk semua...
The Justice blind skin colour and type of religion...And Justice is for all...
PENJENAYAH PERANG!
Saya tertarik dengan tulisan seorang pembaca dalam akhbar The Star hari ini : Dr A Soorian dari Seremban http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/6/7/focus/11430035&sec=focus yang mengeluarkan pendapat bahawa “menjenayahkan” (criminalising) peperangan adalah sesuatu yang sia-sia. Beliau merujuk kepada usaha bekas PM Tun Dr Mahathir yang mahu mentakrifkan peperangan sebagai satu jenayah dan sesiapa yang mencetuskannya sebagai “penjenayah”.
Beliau menulis: The public, by and large, do not want wars; it is their leaders who crave for them. Wars are declared for many reasons, the lust for power one of them. The problem is that human nature is what it is. It is fixed. It is a sad fact of life.
Rakyat rata-rata tidak mahu pada peperangan, para pemimpin merekalah yang sebenarnya mahukannnya. Peperangan dilancarkan atas beberapa sebab, (antaranya) keghairahan untuk memperolehi kuasa. Masalahnya demikianlah perlakuan manusia. Ianya sesuautu yang telah ditetapkan. Itulah fakta kehidupan yang menyedihkan. Memang mudah kita mahu “criminalise” peperangan. Tetapi sebagaimana pandangan Dr Soorian, bagaimana jika dalam kes Amerika Syarikat. Oleh kerana terdesak mahu menjejak Osama ben Laden, mereka berperang dengan al Qaeda akibatnya Afghanistan diserang dan dijajah. Ini menjadikan AS pencetus peperangan, lalu siapakah yang boleh mendakwa mereka? Siapa yang boleh menyeret kusa besar dunia AS dan menghukum mereka?
Benar kita ada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, sejarahnya pun UN ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua untuk melindungi dunia dari peperangan, ternyata UN gagal dalam hal ini. Terutama apabila yang terlibat adalah kuasa besar dunia seperti AS dan seklutunya. Walaupun kita telah melangkah maju ke dunia yang serba moden akibat ledakkan ilmu pengetahuan dan kekuatan ekonomi, naum naluri manusia unutk menyelesaikan masalah melalui kaedah keganasan terus berlaku.
Cuba tonton dokumentari terbitan BBC yang mengkisahkan bagaimana AS merancang menjejak Osama dan akhirnya berjaya membunuh dan memusnahkan (campak ke laut) jenazahnya. Berbelas-belas tentera AS yang paling terlatih dari Marine SEAL dikirimkan bagi tujuan itu. Ternyata dengan kepakaran dan kemampuan mereka, tiada sebab beliau tidak boleh ditangkap hidup-hidup. Bukankah dengan demikian AS boleh tunjukkan pada dunia yang mereka adalah juara keadilan, kerana menyeret Osama ke mahkamah untuk diadili?
Tetapi tidak, tentera yang paling terlatih di dunia memilih untuk menembak mati Osama. Dan sehingga kini tindakan AS itu seolah direstu oleh semua pihak walaupun Pakistan mengeluarkan protes. Berbalik kepada isu ini, ternyata selagi perundingan dan diplomasi hanya sekadar pilihan dan bukannya syarat tetap penyelsaian konflik maka selagi itulah kecenderungan untuk menyelesaikan pertikaian melalui peperangan sebagai satu jalan pintas akan menjadi pilihan. Tatkala itu jenayah atau tidak, yang penting nafsu serakah pimpinan tercapai, peduli apa pada kematian dan kemusnahan.
Sunday, June 3, 2012
LIFE GOES ON!!!
" APABILA HIDUP KITA HANYA UNTUK KITA,HIDUPNYA AMATLAH SINGKAT. BERMULA & BERAKHIR DENGAN UMUR KITA. TETAPI JIKA HIDUP KERANA FIKRAH, SESUNGGUHNYA HIDUPNYA PANJANG & MENDALAM. BERMULA DARI BERMULA MANUSIA, BERAKHIR DENGAN LUPUTNYA MANUSIA DARI MUKA BUMI"(SYED QUTB)
www.grundar.com
thanks to GRUNDAR for your support!...to the GRINDSTER!!! support!...grundar.com/TUSSOCK
Subscribe to:
Posts (Atom)