Tuesday, March 13, 2012

SYRIA bermandi darah!

Nota ini adalah hasil perkongsian tokoh ulama' syria,Syeik Hassan di UPM yang datang ke malaysia akhir tahun lepas dan menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria:)Ana turut berkesempatan berada disana. PERISTIWA SYRIA Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator. Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ). Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah. Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad. BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama. Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu. Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria. PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria. BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH. 1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria. 2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja. 3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma. 4-9000 tahanan ditahan. 5-413 orang telah syahid di dalam penjara. 6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu. 7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau. 8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai. 9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad. 10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel.. #RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI... FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut; #"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih. PERKARA TERBARU 1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri. 2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah. 3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID.... 4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini. 5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria. KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA? 1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA.. 2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta. 3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau. 4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel. 5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar. PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA -Mendoakan saudara kita di Syria -Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan -Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA. Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI" dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim: Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat". Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81; "Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap". Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan. (Jzkk AKH Abu Abdullah) (Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia) Source: http://www.facebook.com/notes/muhammad-nur-aufa/syriaapa-yang-berlaku-sebenarnya/351949711502546

Sunday, March 4, 2012

The Wall 01032012

takde sebarang dokumen boleh dijadikan bukti...sebab aku lupe nak suruh membe aku amik gambo...ape2 pun...thanks kepada semua band yang terlibat terutama organizer Uda The Wall kerana telah menjemput TUSSOCK membuat persembahan di sana...

Wednesday, February 22, 2012

TUSSOCK

thanks to Daathblazer atas kerajinan anda dalam meng'update' TUSSOCK dalam metalkingdom.net atau wikipedia: TUSSOCK

Sunday, February 19, 2012

POLICE FEDERATION (DEMO 94) THE BOLLOCKS

THEY'RE WANT SOMETHING BETTER FOR THEM
WHICH THEY WANT TO DOMINANT
SO WE WERE FIGHT FOR YOU
BUT THEY'RE A POLICE FEDERATION ... TO ELIMINATE
WHY YOU'RE BORN IN MY COUNTRY (OUR SCENE)
BANISHED EVERYTHING WHAT WE DO
SO WE WANT YOU BEING SACK
AND ALL OF YOUR FUCKING FEDERATION... TO ELIMINATE
POLICE - FUCK OFF TO YOU
POLICE - YOU'RE SO BASTARD
POLICE - WE WANT YOU DIE
TUSSOCK akan membawa lagu ini bagi gigs 01 Mac 12 kat The Wall Batu Pahat nanti...

Wednesday, February 15, 2012

Agathocles - A For Arrogance

I watch them at our gigs With an A on their backs The A stands for arrogance 'coz respect they surely lack I watch them at our gigs With an e on their jacks The E stands for enemy And egocentric Dogmatic values is what they create Another bullshit thing that i fucking hate Telling me what I should do telling me what I shouldn't do Another hardcore-master another punk-guru Preaching about respect and so-called equality But they're just creating and elitarian scene Would-be gods destroying all the things we've built Oh yes they're so punk!
lagu yang TUSSOCK suka cover adalah lagu dari AGATHOCLES ini....kerana liriknya yang mempunyai maksud mendalam dalam scene underground kita...ditujukan kepada kebanyakan mereka suka berfesyen mengikut zaman....tanpa hala tuju yang sebenar...masing2 mahu menjadi sifu dalam scene underground....mereka semakin jauh dalam scene dan hilang dalam kehendak ego mereka sendiri....

Tuesday, February 14, 2012

Terlalu dekatkah kita dengan kiamat?

Semakin hari semakin takut hati ini. Mata bagaikan tidak mahu melihat dan membaca. Tangan bagaikan tidak mahu menyambar akhbar di kedai mamak atau menjejaki portal-portal berita di internet. Mana tidaknya, cerita yang dipaparkan saban hari hampir serupa:
Bayi baru lahir disorok dalam tangki pam tandas Remaja campak bayi baru dilahir dari flat Bayi baru lahir ditemui mati dengan kesan kelar Mayat bayi lelaki ditemui dalam sungai Bayi perempuan ditinggal depan rumah penduduk Bayi baru lahir dibuang dalam longkang Dua sahabat terkejut jumpa mayat bayi terapung Bayi baru lahir dibuang depan hospital swasta Bayi baru lahir dibuang dalam semak Mahasiswa IPTA buang bayi di belakang dapur Bayi maut dicampak dari kenderaan bergerak Bayi lelaki ditinggalkan di bawah jambatan Bayi ditemui tersangkut di tiang papan tanda Bayi perempuan dalam beg ditemui di hentian bas Pasangan remaja mengaku salah tanam bayi Bayi lelaki ditemui rentung dalam tong sampah
Demikian antara tajuk-tajuk berita yang menghiasi laman media negara kita . Itu pun hanya sebahagian kecil daripadanya. Apa perkataan yang berlegar-legar dalam fikiran kita sekarang? Kejam? Zalim? Ngeri? Geram? Sedih? Sakit hati? Tak tahu nak kata apa? Ya, kesemuanya. Jenayah terhadap bayi yang baru dilahirkan ini bukan perkara baru dalam masyarakat kita. Ia telah lama berlaku. Kita tidak tahu berapa banyak nyawa telah melayang sehingga kini... nyawa yang dikorbankan tanpa hak, bahkan sewenang-wenangnya. Yang kita dapat jangka ia bukan jumlah yang kecil, bukan puluhan nyawa. Ia mungkin melibatkan beribu-ribu malahan berpuluh-puluh ribu nyawa bayi yang tidak berdosa yang telah diperlakukan dengan begitu kejam sekali! Ia bukan berlaku di bumi asing yang jauh. Ia berlaku di bumi kita sendiri, di negara Malaysia yang kita kata aman dan damai ini. Paling merenggut jantung, kebanyakan kes pembuangan bayi sama ada berniat membunuh atau tidak, terjadi dalam kalangan orang Melayu sendiri, orang yang beragama Islam. Bayi-bayi yang dibunuh itu memang tidak berdosa. Mereka secara automatik akan masuk ke syurga. Jadi, walaupun hati kita luluh melihat keadaan jasadnya yang sehingga dihurung semut, digigit anjing, kepala pecah terhempas ke jalan, perut terburai ditusuk pisau atau cuba dipam di mangkuk tandas (oh, kejinya orang yang tergamak melakukan yang demikian), hati kita setakat meraung kasihan. Tapi kita lebih kasihan kepada si ‘ibu’ dan si ‘bapa’ yang menjadi punca kebobrokan seumpama itu. Betapa malangnya kamu kerana mudah termakan hasutan syaitan. Betapa sukarnya kamu menghadapi saat-saat pengadilan di mahkamah akhirat nanti sedang bayi-bayi yang kamu zalimi itu bagkit menjadi saksi atas perbuatan kamu. Aduh, sebenarnya itu pun belum cukup kasihan. Yang paling harus dikasihani adalah diri kita sendiri, masyarakat yang lahir di tengah-tengahnya kerosakan. Kerosakan ini sebahagian besarnya dilakukan oleh pemuda dan pemudi, remaja belasan tahun lelaki dan perempuan. Tapi jangan lupa, jumlah yang melibatkan orang dewasa dan warga emas juga besar. Bukankah semua ini malapetaka buat negara? Seorang ustaz yang ketika melangkah untuk melanjutkan pengajian di Timur Tengah diingatkan, “Di negara orang nanti berhati-hati, jangan terkena kejutan budaya!” Alhamdulillah, sepanjang 11 tahun di rantau orang, yang apabila musim cuti ada kalanya beliau melancong ke benua Eropah, ustaz ini kebal kerana tidak terkena renjatan budaya. Rupa-rupanya kali pertama beliau dilanda kejutan budaya ialah ketika pulang ke tanah air sendiri. Kejutan itu pula sungguh menakutkan. Antara berita awal yang beliau tonton di kaca televisyen ialah berita seorang bayi yang baru dilahirkan dibungkus dalam plastik sampah hitam lalu dicampakkan dari tingkat atas sebuah rumah pangsa! “Wallahi, saya tidak pernah mendengar kejadian seumpama itu di mana-mana penjuru alam yang saya pernah bertamu. Tetapi ia berlaku di tanah air sendiri,” bicara ustaz dalam nada kesal bercampur hairan. Dari mana bermulanya kezaliman jahiliah ini? Yang pasti ia adalah manifestasi lemahnya akidah umat. Bagaimana tidak lemah kalau pendidikan kita sejak kecil bukan ke arah menguatkan akidah? Bagaimana akan kebal iman kalau setiap hari jiwa raga digoda dengan dunia, hiburan dan keasyikan? Kalau yang punya asas agama pun boleh kecundang, bagaimana pula dengan yang lain? Menjadi semakin sukar apabila pada zaman langit terbuka ini pintu zina juga kembali terbuka seluas-luasnya. Begitu banyak jalan pergaulan halal yang tersedia, yang haram juga menjadi pilihan. Bermula dengan perkenalan secara maya di internet, chatting, bertukar-tukar foto, bertemu, bermesra dan di hujungnya berakhir dengan zina. Meskipun berakhir dengan zina, ia bukanlah titik akhirnya. Perzinaan itu sebenarnya adalah satu permulaan. Ia adalah permulaan kepada siri pembunuhan kejam! Laporan rasmi Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan bahawa terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran yang didaftarkan tanpa catatan nama bapa sejak tahun 2000 hingga Julai 2008. Ia bermakna secara purata, 2,495 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan, 83 kes setiap hari atau satu kes pada setiap 17 minit 35 saat! Pelaporan dalam media juga memainkan peranan. Akhbar-akhbar yang gemar mensensasikan berita-berita zina ini dengan laporan terperinci serta gambar-gambar yang merangsangkan, sebenarnya bukan mendidik tetapi menambahkan lagi masalah. Daripada sesuatu yang dianggap ‘taboo’ satu masa dulu, hari ini zina dianggap perkara biasa hatta oleh ibu bapa yang anaknya didapati terbabit berzina. Trend media memperincikan jenayah zina adalah sesuatu yang mesti dimuhasabah kembali kerana di situlah maklumat diperoleh dengan mudah. Ia dibaca oleh semua golongan termasuk kanak-kanak tadika. Akhirnya ia menjadi budaya baru yang ‘diterima’ dalam masyarakat seperti yang berlaku hari ini. Secara umumnya, semua agama tidak membenarkan perzinaan, tetapi peraturan itu sedikit demi sedikit diingkari. Hari ini, Islam sebagai satu-satunya cara hidup yang diredhai Allah juga mula dilupakan penganutnya. Malang sekali majoriti individu yang terlibat berzina dan membuang bayi itu tecatat dalam kad pengenalan mereka sebagai beragama Islam. Adakah ini bermakna Hari Kiamat semakin hampir, bahkan sudah terlalu dekat dengan kita? Nabi Muhammad telah mengingatkan bahawa apabila orang melakukan zina di merata-rata tempat, ia menunjukkan dunia berada di penghujung usia. Hari ini zina berlaku di tepi jalan, di dalam kereta, di atas motor, di tepi pantai, di tepi air terjun, di dalam filem, secara bersembunyi, secara terang-terangan, di mana-mana... tidak mengira tempat, masa dan usia. Satu lagi kebimbangan kita ialah azab Allah boleh datang secara tiba-tiba. Kita takut kerana kerosakan masyarakat kita sudah melata, sedangkan usaha amar makruf nahi mungkar kita tidak sekuat mana. “Ya Allah, ampunilah kami. Janganlah Engkau uji kami dengan azab yang tidak mampu kami tanggung. Kurniakanlah kami hidayah dan kekuatan untuk mematuhi perintah-Mu, dan berkatilah bumi ini.”

Homs, Syria Sedang Bermandi Darah

Kebangkitan rakyat Syria berterusan, belum berhenti dan tidak mungkin boleh dihentikan. Kebangkitan rakyat Syria menyambung kebangkitan rakyat Mesir, Tunisia, Libya, Yaman dan lain-lain. Terbaharu, bandar Homs (video-youtube) di utara Damsyik dihujani peluru atau bom dari tentera Syria. Dalam sejarah, kalau tak silap, Homs dan Halab adalah di antara bandar yang kuat gerakan Islamnya. Pernah dibom oleh tentera Syria di zaman Hafiz al-Asad, bapa kepada Basyyar al-Asad sekarang kerana mahu menghancurkan Ikhwan ketika itu. Kebangkitan rakyat akan terus berlaku di Syria. Bukan sahaja Homs bahkan seluruh Syria. Darah juga akan terus tumpah sebagaimana ia telah tumpah sekarang dengan banyaknya. Pemimpin umat Islam samada Liga Arab, OIC atau lainnya masih lagi berbincang dalam keadaan orang awam, rakyat marhaen dan kanak-kanak terus menjadi mangsa. Nabi SAW menyebut dalam hadis akhir zaman Nabi Isa akan turun di timur Damsyiq. Bilakah datangnya pertolongan dan kemenangan dari Allah itu?

Wednesday, February 8, 2012

HIPOKRIT

hipokrit (orang yang) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dan lain-lain) baik, (orang yang) memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya, munafik.
source

Tuesday, February 7, 2012

‘Flashmob’ kaedah pendekatan bagi menarik perhatian orang awam di mana sekumpulan sukarelawan berkumpul secara tiba-tiba dan melakonkan tanpa suara memaparkan sesuatu kejadian menggunakan alat-alat bantuan dan kemudian bersurai. Flashmob digunakan untuk tujuan mengekpsresi sesuatu mesej, hiburan, satira dan artistik. A flash mob (or flashmob) is a group of people who assemble suddenly in a public place, perform an unusual and seemingly pointless act for a brief time, then disperse, often for the purposes of entertainment, satire, and artistic expression. Flash mobs are organized via telecommunications, social media, or viral emails. The term, coined in 2003, is generally not applied to events and performances organized for the purposes of politics (such as protests), commercial advertisement, publicity stunts that involve public relation firms, or paid professionals. In these cases of a planned purpose for the social activity in question, the term smart mobs is often applied instead.

Wednesday, January 25, 2012

The Occupy movement

The Occupy movement is an international protest movement which is primarily directed against economic and social inequality. The first Occupy protest to receive wide coverage was Occupy Wall Street in New York City's Zuccotti Park, which began on September 17, 2011. By October 9, Occupy protests had taken place or were ongoing in over 95 cities across 82 countries, and over 600 communities in the United States. As of January 22 the Meetup page "Occupy Together" listed 2,818 occupy communities worldwide...taken from Wikipedia.
The Occupy movement

Role Of Human

"Role of human on earth is to enrich earth and Allah compel us to live socialising"

Tuesday, January 24, 2012

Abuse Of Authority

Abuse of authority, in the form of political corruption, is the use of legislated or otherwise authorized powers by government officials for illegitimate private gain. Misuse of government power for other purposes, such as repression of political opponents and general police brutality, is not considered political corruption. Neither are illegal acts by private persons or corporations not directly involved with the government. An illegal act by an officeholder constitutes political corruption only if the act is directly related to their official duties. Abuse of authority is separated from Abuse of power in that the act is originally condoned, but is extended beyond that initially conceived and is in not all cases strictly illegal...taken from Wikipedia.
Abuse Of Authority

Thursday, January 19, 2012

Undilah - Bahasa Melayu (Afdlin Shauki Namewee Kuli Pete Teo)

what friends for?...

“Anyone that like enlarged the good fortune and lengthened the age so should it continuing relationship ties.” (Story Hadith: Bukhari, Muslim, Abu Dawud) “Barang siapa yang suka diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menyambung tali silaturahim.” (Hadis Riwayat: Bukhari, Muslim, Abu Dawud)
SOPA atau kependekan dari Stop Online Piracy Act, merupakan rancangan undang-undang yang diperkenalkan oleh salah seorang representatif US, Lamar Seeligson Smith yang diajukan kepada Kongres Amerika Serikat. Apa itu SOPA? Dikutip dari Wikipedia tentang apa itu SOPA. Sedikit lebih lengkap daripada penjelasan di atas, dan cukup untuk menjelaskan apa itu SOPA. “The Stop Online Piracy Act (SOPA), is a bill that was introduced in the United States House of Representatives by House Judiciary Committee Chair Representative Lamar Smith (R-TX) and a bipartisan group of 12 initial co-sponsors. The bill expands the ability of U.S. law enforcement and copyright holders to fight online trafficking in copyrighted intellectual property and counterfeit goods.” Tujuan SOPA Adapun tujuan SOPA diajukan adalah untuk menghentikan tindakan yang merugikan pemegang hak cipta (Copyright) atas pembajakan atau pemalsuan hak kekayaan intelektualnya di internet dan memberikan keluasan hak bagi para penegak hukum untuk menindaklanjutinya. Efek dan Pengaruh SOPA Sesuai dengan tujuan SOPA, yakni untuk menghentikan pembajakan atau hal-hal yang merugikan pemegang hak cipta, maka hal tersebut akan berpengaruh sangat besar terhadap apa yang terkandung di dunia internet saat ini. Salah satu contoh bila SOPA jadi diterapkan adalah pihak pemerintah Amerika Serikat berhak untuk memblokir atau bahkan menghapus website/blog yang (dipandang) melanggar hak cipta (copyright). Mereka (USA) berhak untuk menginstruksikan semua layanan yang masih bernaung pada undang-undang mereka, seperti layanan hosting, registrant (penyedia layanan domain), layanan pembayaran online, dan bahkan layanan mesin pencari untuk memutus akses atau kontak kepada website/blog yang dipandang melanggar hak cipta. Pro dan Kontra SOPA Banyak pihak yang mendukung adanya SOPA ini, seperti GoDaddy misalnya. GoDaddy adalah penyedia layanan registar dan juga hosting. Bila SOPA ini disahkan, maka pihak GoDaddy akan menghentikan layanan ke domain-domain yang dipandang melanggar hak cipta. Situasi ini juga dimanfaatkan oleh layanan lain yang menentang SOPA. Mereka (seperti hostgator, namecheap, atau name.com) bahkan mengeluarkan kupon diskon untuk siapa saja yang hendak memindahkan domainnya dari Godaddy ke layanan mereka. Beberapa situs besar yang menentang SOPA antara lain : Google, AOL, Facebook, Twitter, LinkedIn, Zynga, dan tentu saja WordPress yang mengkampanyekan memerangi SOPA di salah satu postingnya — Help Stop SOPA/PIPA. Tidak lupa, Matt Cutts, sang insinyur Google juga turut mengkampanyekan menolak SOPA — Progress against SOPA. Simpulan Setuju tidak setuju, suka tidak suka, SOPA adalah produk dan praktik monopoli atas nama perlindungan hak cipta (copyright). Bagaimana dengan Anda? Pendukung SOPA kah? atau menentangnya? taken from http://blog.ahlul.net/sopa-stop-online-piracy-act.html#more-2191

Wednesday, January 18, 2012

The Arab Spring

The Arab Spring (Arabic: الربيع العربي‎ ar-Rabīʻ al-ʻArabiyy), otherwise known as the Arab Awakening, is a revolutionary wave of demonstrations and protests occurring in the Arab world that began on Saturday, 18 December 2010. To date, there have been revolutions in Tunisia and Egypt; a civil war in Libya resulting in the fall of its government; civil uprisings in Bahrain, Syria, and Yemen, the latter resulting in the resignation of the Yemeni prime minister; major protests in Algeria, Iraq,Jordan, Kuwait, Morocco, and Oman; and minor protests in Lebanon, Mauritania, Saudi Arabia, Sudan, and Western Sahara. Clashes at the borders of Israel in May 2011 and the Palestine 194 movement were also inspired by the regional Arab Spring. The protests have shared techniques of civil resistance in sustained campaigns involving strikes, demonstrations, marches and rallies, as well as the use of social media to organize, communicate, and raise awareness in the face of state attempts at repression and Internet censorship. Many demonstrations have met violent responses from authorities, as well as from pro-government militias and counter-demonstrators. A major slogan of the demonstrators in the Arab world has been ash-shab yurid isqat an-nizam ("the people want to bring down the regime")...taken from Wikipedia