Monday, May 28, 2012
Retorik politik
Retorik politik ataupun political rhetoric adalah lebih kepada pemujukan terhadap orang
awam melalui penerangan terhadap sesuatu fakta bagi meraih sokongan politik di dalam institusi
demokrasi.Fakta merupakan asas penting dalam retorik politik.Fakta yang sahih,tepat,dan logik
merupakan etika penghujahan yang mesti dipatuhi oleh pengamal politik.
taken from: wikipedia
Thursday, May 24, 2012
Best democracy in the world – mobocracy
The Malaysians who oppose clean, free and fair elections, otherwise known as Umno and their cronies, have claimed two casualties; democracy and the rule of law. In place of democracy, we now have mobocracy. S Ambiga and her neighbours have been targeted. Now anything to do with Bersih and the opposition are subject to mob attacks. How soon before the same happens to ordinary citizens like you, should you disagree with Umno policy? The harassment of Ambiga is a calculated distraction. For the past 54 years, Umno has broken every rule in the book to continue its stranglehold on the country. Then, along comes Ambiga and Bersih to reproach the government for its shoddy election practices. Bersih stands in the way of the continued Umno domination of Malaysia and the face which one normally associates with Bersih, is Ambiga’s. Umno wants us to focus on protecting Ambiga, so that we will forget about Umno and the Election Commission’s (EC) electoral fraud. It has been suggested that race, religion and her gender were in some way connected with Ambiga’s harassment. To make these links is to overlook decades of known atrocities committed by Umno to control the rakyat. We cannot ignore the wider picture in an effort to seek easy answers and scapegoats to explain these abhorrent actions. The tragedy of May 13 was blamed on worsening Malay-Chinese relations, the Memali incident on a banned Islamic sect and the murder of Altantuya on a greedy vindictive woman. Scratch beneath the surface and a different picture emerges. The men who are intimidating Ambiga do so under strict orders from the top. These men include the “butt regiment”, a group claiming to be army veterans and the elite “petty traders” whose chief leads the life of a Bollywood film star. Both are aided by their mercenaries, the Mat Rempits. Umno and their cronies have been spoilt by their continual abuse of the constitution and other initiatives which were meant to help all sections of the rakyat, not just a select few.
Tough future With a stronger opposition party, and with Bersih demanding free and fair elections, Prime Minister Najib Tun Razak is backed into a corner. It is no surprise that Bersih received a violent reception. Malaysians face a tough future because extremist elements within the government do not wish to relinquish power. The extremists have a strong sense of entitlement because of their wrong and unshaken belief that they deserve it; but why should one’s race and religious inclination be the determining factors in education, financial aid and welfare programmes? Why should others be held hostage by the extremists? Why exclude legitimate Malaysians from sharing Malaysia’s wealth? What did the police do to stop the petty stall holders who distributed free burgers outside Ambiga’ house? The deputy chief of police, Khalid Abu Bakar, seems incapable of distinguishing between right and wrong, and condoned the actions of the petty trader’s group. He made a mockery of the rule of law. He does not deserve his badge of office. If he was more responsible, he could have stopped the thugs from perpetrating their act of civil disobedience and there would have been none of the farcical selling of lots outside Ambiga’s residence and none of the “butt” displays from so-called veteran soldiers. No servicemen would dishonour his old unit. The butt-exhibitionists brought the Yang di-Pertuan Agong’s name into disrepute, because all soldiers swear allegiance to King and country. They also brought shame to the Malay community. Khalid’s stupidity was nothing compared to the silence of the Malaysian leaders who were mute when it came to these personal attacks on individuals. Did we hear our PM condemn the harassment? Did the Home Minister, under whose purview the police come, rebuke the mob-rule? Their silence gave tacit support to anarchy. These mobs want to hold all of Malaysia to ransom. They are now attacking any Bersih talk, and have targeted ceramahs by the opposition. Last night, a senior citizen suffered head injuries when a talk by Opposition Leader Anwar Ibrahim, was pelted with stones and eggs. So who will accept responsibility should a death occur in these attacks? One man risks losing the sight in one eye because the police fired tear-gas canisters directly at the crowd during the Bersih 3.0 rally of April 28.
Umno lackeys These Umno lackeys have defied the rule of law. They invade residential areas, invite Mat Rempits to intimidate the public by revving their engines and racing around dangerously; they deface public property just so Umno can continue to govern. Reasoning with them is like reasoning with a toddler in a temper tantrum. The IGP has no grip on policing just as Najib has no clue on how to govern his “best democracy in the world”. Mat Rempits are encouraged to harass and intimidate the rakyat through their acts of civil disobedience. Najib tells the whole world he practises moderation but he is a leader who is frustrated by the power-struggles within his party. His government is weak and inefficient. Voting them in at the 13th general election will be like voting for the lunatics to run the asylum. Now, Malaysia is ruled by mobocracy or mob-rule. Najib has said that he will “defend Putrajaya at all costs, and with blood, sweat and tears”; perhaps the mob-rule will be used to fulfil this promise. If mob-rule dominates, emergency powers will be swept in and Umno can continue to govern. There would be no need for GE13. The divisive tactics used against Ambiga are not new. They were used in Memali and the May 13, 1969 incident. The reason has always been the same: to divide and rule. It is time Malaysians snapped out of their delusions and make a stand.
Mariam Mokhtar is a FMT columnist.
Sunday, May 20, 2012
al Isra: verse 82
We send down (stage by stage) in the Qur'an that which is a healing and a mercy to those who believe: to the unjust it causes nothing but loss after loss.
Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian.
Tuesday, May 15, 2012
Tuesday, May 8, 2012
BERSIH 3.0: Kebebasan Dan Musuhnya
Minggu lalu berlangsung perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil untuk kali ketiga, dikenali sebagai BERSIH 3.0. Seperti perhimpunan pertama dan kedua, ia ditandai dengan sejumlah insiden yang cukup menyedihkan dalam proses demokrasi di Malaysia.
Kita dapat lihat melalui banyak rakaman dan laporan semasa perhimpunan ini yang menunjukkan bagaimana terjadinya keganasan serta halangan kepada media. Ini adalah musuh kebebasan.
Oleh kerana berada di luar negara, saya tidak menyertai perhimpunan ini. Justeru, saya mengikuti berita serta perdebatan awam mengenainya di ruang maya, khususnya Facebook. Terlihat banyak isu asas yang perlu dijelaskan kepada orang ramai.
Hak kebebasan berhimpun Sebenarnya hak kebebasan berhimpun sedia termaktub dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Malaysia. Ia juga disebut dalam Artikel 20(1) Deklarasi Sejagat tentang Hak Asasi Manusia 1948 serta Perjanjian Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966. Perkara 10(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Parlimen boleh dengan undang-undang menggunakan ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1) apa-apa sekatan yang didapatinya perlu dan mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan. Secara asasnya haruslah difahami di sini bahawa dalam mana-mana aspek perundangan akan sentiasa ada apa yang disebut pengecualian. Ini penting kerana manusia itu bersifat dinamik. Justeru, secara umumnya satu ketetapan diperlukan di samping pengecualian yang boleh diambil atas faktor keadaan. Sebagai contoh, secara umumnya semua orang bebas bekerja dan melakukan pelbagai aktiviti. Namun, Parlimen boleh membuat satu keputusan untuk tidak membenarkan sesiapa bekerja atau melakukan aktiviti lain dengan mengisytiharkan darurat atas faktor tertentu bersabit keselamatan negara misalnya ada ancaman serangan bersenjata oleh pihak tertentu. Oleh yang demikian, peruntukan perlembagaan dalam hal ini perlu dibaca dengan jelas bahawa ketetapan umumnya ialah jaminan kebebasan sementara sekatan ke atasnya adalah berdasarkan situasi – yang dinyatakan sebagai kepentingan keselamatan Persekutuan.
Polis dan peranannya Seksyen 27 Akta Polis 1967 juga digunakan untuk menjustifikasikan tindakan polis semasa perhimpunan berlaku. Akta ini mensyaratkan kelulusan pegawai polis daerah berkenaan jika perhimpunan mahu dibuat dan kelulusan adalah atas budi bicara pihak polis. Ketika menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rais Yatim pernah berkata Seksyen 27 Akta Polis 1967 ini tidak wajar dipakai kerana ia boleh mengelirukan undang-undang itu sendiri. Meskipun beliau tidak menjelaskan bagaimana ia boleh mengelirukan, saya fikir ini boleh dilihat dalam konteks bagaimana polis mempunyai lebihan kuasa berbanding Parlimen dalam isu kebebasan asasi dan pengecualiannya. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dalam Laporan Tahunan bagi tahun 2010 telah mencadangkan sejumlah pemansuhan sub-seksyen dalam Akta Polis tersebut dan mengesyorkan polis menggunakan cara yang sederhana dan tanpa keganasan dalam menangani perhimpunan aman. Dalam laporan yang sama SUHAKAM turut menegaskan hak berhimpun secara aman dan menekankan bahawa polis tidak patut bertindak secara syak wasangka, spekulasi, takut atau imaginasi. Perlu ada bukti jelas bahawa ketidakteraman awam dan kecenderungan ke arah keganasan berlaku. Dalam kata lain bersabit dua perkara di atas, meskipun kerajaan mempunyai tugas memastikan keamanan dan keselamatan, kebebasan berhimpun tidak harus disekat secara arbitrari (ditentukan sewenang-wenangnya tanpa satu piawaian dan sebab yang munasabah, misalnya berlaku tindakan luar kawal yang memaksa sesuatu tindakan diambil).
Alternatif penyelesaian Saya juga tidak mahu meremehkan hujah kemungkinan huru-hara berlaku dan satu situasi tidak aman yang boleh menjejaskan perniagaan. Justeru, bagaimana perhimpunan ini boleh diteruskan dan persoalan ini dapat diselesaikan? Saya fikir beberapa langkah boleh diambil iaitu: (1) Pihak penganjur hanya perlu memaklumkan dan bertemu dengan pihak polis untuk berbincang tentang isu kawalan keselamatan untuk mencapai kedua-dua objektif – hak berhimpun dan memastikan keamanan. Kedua-dua pihak harus memberikan kerjasama untuk membolehkan ia berjalan dengan lancar. (2) Satu keputusan boleh diambil misalnya perhimpunan boleh dibuat di Dataran Merdeka pada satu tempoh masa sehingga empat jam termasuk pergerakan secara tertib untuk ke lokasi dan beredar daripadanya. (3) Tidak ada alasan menghalang penggunaan Dataran Merdeka sebagai lokasi berhimpun. Semasa Bersih 2.0, penggunaan Stadium Merdeka dihalang tetapi ia ditawarkan untuk BERSIH 3.0. Ini menunjukkan sikap tidak jelas kerajaan. (4) Tidak sepatutnya ada kekangan daripada pihak polis untuk menghalang pergerakan masuk dan keluar Dataran Merdeka. Polis hanya perlu mengawasi jika ada limpahan peserta ke jalan raya. Jika ada, pihak polis boleh menutup jalan tersebut sebagaimana dilakukan untuk program-program hiburan dan sambutan yang lain. (5) Pihak polis tidak perlu mengadakan sekatan trafik sejauh misalnya sekitar Perhentian Serdang untuk melambatkan pergerakan trafik. Saya percaya dengan makluman laluan perhimpunan pada tempoh tertentu; orang ramai boleh membuat perancangan sendiri tentang kegiatan mereka, sama ada bersifat perniagaan atau tidak. (6) Tangkapan dan tindakan kasar polis kepada mereka yang dianggap menyokong perhimpunan BERSIH 3.0 adalah cukup memalukan. Ada rakaman menunjukkan ia berlaku selepas perhimpunan telah bersurai, termasuk di kedai makan. Malah banyak kekasaran pihak polis dibuat dalam situasi peserta perhimpunan tidak melawan atau menunjukkan sebarang tindakan ganas. (7) Jika ada kekacauan timbul, pihak polis boleh menangkap individu atau kumpulan individu yang terbabit sahaja. Ini boleh dilakukan dengan bantuan peserta perhimpunan melalui rundingan awal tadi supaya disiplin perhimpunan dapat diwar-warkan.Selepas proses awal itu dibuat dan masih terdapat peserta yang tidak berdisiplin, jelaslah bahawa individu terbabit mungkin hadir untuk membuat sabotaj. Sepanjang pengalaman menyertai perhimpunan, saya berani katakan bahawa peserta perhimpunan cukup berdisiplin selagi tidak ada gangguan tidak munasabah seperti pancutan air kimia atau gas pemedih mata. Saya sangat percaya bahawa secara umumnya rakyat Malaysia sangat cintakan keamanan. Namun, itu tidak bermakna keamanan mewajarkan rasuah dan salah guna kuasa dibiarkan. Ketidaktenteraman awam juga boleh berlaku apabila rasuah dan salah guna kuasa berlaku tetapi didiamkan, malah suara yang menentang kebobrokan ini ditindas. Banyak negara boleh terus maju dengan jaminan hak asasi rakyat untuk berhimpun dan juga bersuara terus dipelihara. Ada juga negara yang berdepan dengan tuntutan asasi untuk berhimpun dan juga bersuara kerana mereka kemunduran dan ketidaktentuan ekonomi dan politik di sana berlaku akibat rasuah dan salah guna kuasa. Sebagaimana ungkapan Karl Popper: “Kita mesti merancang untuk kebebasan, bukan hanya untuk keselamatan, kerana hanya dengan kebebasan maka keselamatan menjadi lebih terjamin.”
AMIN AHMAD, 30, Felo Penyelidik di IDEAS.website: IDEAS Institute for Democracy_and Economic Affairs
Tuesday, May 1, 2012
Keadilan Adalah Untuk Semua!!...and RACISM can go to hell!!
O you who have believed, be persistently standing firm for Allah , witnesses in justice, and do not let the hatred of a people prevent you from being just. Be just; that is nearer to righteousness. And fear Allah ; indeed, Allah is Acquainted with what you do.Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. Quran 5:8
Subscribe to:
Posts (Atom)