Tuesday, February 14, 2012
Homs, Syria Sedang Bermandi Darah
Kebangkitan rakyat Syria berterusan, belum berhenti dan tidak mungkin boleh dihentikan.
Kebangkitan rakyat Syria menyambung kebangkitan rakyat Mesir, Tunisia, Libya, Yaman dan lain-lain.
Terbaharu, bandar Homs (video-youtube) di utara Damsyik dihujani peluru atau bom dari tentera Syria. Dalam sejarah, kalau tak silap, Homs dan Halab adalah di antara bandar yang kuat gerakan Islamnya. Pernah dibom oleh tentera Syria di zaman Hafiz al-Asad, bapa kepada Basyyar al-Asad sekarang kerana mahu menghancurkan Ikhwan ketika itu. Kebangkitan rakyat akan terus berlaku di Syria. Bukan sahaja Homs bahkan seluruh Syria. Darah juga akan terus tumpah sebagaimana ia telah tumpah sekarang dengan banyaknya. Pemimpin umat Islam samada Liga Arab, OIC atau lainnya masih lagi berbincang dalam keadaan orang awam, rakyat marhaen dan kanak-kanak terus menjadi mangsa.
Nabi SAW menyebut dalam hadis akhir zaman Nabi Isa akan turun di timur Damsyiq.
Bilakah datangnya pertolongan dan kemenangan dari Allah itu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment